Lawatan Kerja ke Klinik Desa Sungai Ramal Luar

Read full article  | No Comments

Tarikh : 19 Jun 2013

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Klinik Desa Sungai Ramal Luar

Tujuan : Meninjau permasalahan dan perkembangan perkhidmatan oleh klinik kepada penduduk setempat

Turut meninjau Projek Pembinaan SMK Sg Ramal Luar yang telah tertangguh pembinaannya.

Tapak baru Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Ramal Luar seluas 10 ekar.

Mesyuarat bersama Ketua-ketua Kampung DUN Bangi

Read full article  | No Comments

Tarikh : 19 Jun 2013

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Pejabat Adun Bangi, Seksyen 7

Objektif :  Pertemuan dan perbincangan dengan ketua-ketua Kampung dan ahli-ahli Majlis MPKj di dalam Dun Bangi berhubung isu dan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk

Pejabat baru Pusat Khidmat Masyarakat ADNS Bangi

Read full article  | 1 Comment

 

Untuk pengetahuan penduduk Bangi, pejabat Pusat Khidmat Masyarakat kini telah bertukar lokasi.

Alamat terkini adalah :

Tingkat 2,

No 22, Jalan 7/1C

Seksyen 7

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor.

(tingkat atas Restoran Suasana@Bangi / bertentangan dengan Dewan MPKj Seksyen7 dan Surau Al-Abrar, Seksyen 7)

Photo2313

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Shahrum, 016-2352180.

Waktu Pejabat adalah pada hari Isnin – Jumaat, jam 9.00 pagi  – 5.00 petang.

 

Segala kesulitan di pihak Tuan/Puan adalah amat dikesali.

Terima kasih.

Terima Kasih Pengundi DUN Bangi

Read full article  | 3 Comments

215283_494354670618351_1752972128_n

Terima Kasih diucapkan kepada semua Pengundi DUN Bangi khasnya dan seluruh pengundi di Negeri Selangor kerana terus memberi mandat kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk terus mentadbir Negeri Selangor yang kita sayangi.

Mari kita bersama-sama menggembeling tenaga untuk merealisasikan

 Selangorku – Meneruskan Kecemerlangan

Terima kasih…………..

SENARAI PENUH NAMA CALON DARI PR DAN BN PRU13 BAGI NEGERI SELANGOR

Read full article  | No Comments

P.92 SABAK BERNAM

PR/PAS : Dr. Aziz Bari
BN : Mohd Fasiah Mohd Fakeh

N.1 SUNGAI AIR TAWAR
PR/PAS : Wahid Rais
BN : Kamarol Zaki Abdul Malik

N.2 SABAK
PR/PAS : Sallehen Mukhyi
BN : Abdul Halim Udin

P.93 SUNGAI BESAR
PR/PAS : Muhamed Salleh Husain
BN : Noriah Kasnon

N.3 SUNGAI PANJANG
PR/PAS : Mohd. Fadzlin Taslimin
BN : Budiman Mohd Zohdi

N.4 SEKINCHAN
PR/DAP : Ng Swee Lin
BN : Kek Seng Hooi

P.94 HULU SELANGOR
PR/PKR : Khalid Jaafar
BN : P Kamalanathan

N.5 HULU BERNAM
PR/PAS : Mohd Idris Ahmad
BN : Rosni Sohar

N.6 KUALA KUBU BHARU
PR/DAP :Lee Kee Heong
BN : Jessie Ooi

N.7 BATANG KALI
PR/PKR : Ramachandran
BN : Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P.95 TANJUNG KARANG
PR/PAS : Mohamad Rasdi Deraman
BN : Datuk Seri Noh Omar

N.8 SUNGAI BURONG
PR/PAS : Mohamad Judi Sarjo
BN : Mohd Shamsuddin Lias

N.9 PERMATANG
PR/PKR : Yahya Sahari
BN : Sulaiman Razak

P.96 KUALA SELANGOR
PR/PAS : Dr. Dzulkifly Ahmad
BN : Irmohizam Ibrahim

N.10 BUKIT MELAWATI
PR/PKR : Manickavasagam
BN : Jakiran Jacomah

N.11 IJOK
PR/PKR : Dr. Idris Ahmad
BN : K Parthiban

N.12 JERAM
PR/PAS : Muhammad Rashid Muhammad Kassim
BN : Amiruddin Setro

P.97 SELAYANG
PR/PKR : William Leong
BN : Donald Lim Siang Chai

N.13 KUANG
PR/PKR : Tengku Marziah Tengku Ahmad
BN : Abdul Shukor Idrus

N.14 RAWANG
PR/PKR : Gan Pie Nie
BN : Lee Li Yew

N.15 TAMAN TEMPLER
PR/PAS : Zaidy Abdul Talib
BN : Subahan Kamal

P.98 GOMBAK
PR/PKR : Muhamed Azmin Ali
BN : Raman Ismail

N.16 BATU CAVES
PR/PKR : Amir Shaari
BN : N Rawisandran

N.17 GOMBAK SETIA
PR/PAS : Hasbullah Mohd Ridwan
BN : Said Anwar Said Ahmad

N.18 HULU KLANG
PR/PAS :Shaari Sungib
BN : Abdul Rahim Pandak Kamruddin

P.99 AMPANG
PR/PKR : Zuraida Kamaruddin
BN : Rozaidah Talib

N.19 BUKIT ANTARABANGSA
PR/PKR : Muhamed Azmin Ali
BN : Mohamad Nadzim Ibrahim

N.20 LEMBAH JAYA
PR/PAS : Khasim Abdul Aziz
BN : Baderisham Jolly

P.100 PANDAN
PR/PKR : Rafizi Ramli
BN : Lim Chin Yee

N.21 CHEMPAKA
PR/PAS : Iskandar Abdul Samad
BN : Muhammad Faizal Sufar

N.22 TERATAI
PR/DAP :Tiew Way Kang
BN : Liew Pok Boon

P.101 HULU LANGAT
PR/PAS : Dr. Che Rosli Che Mat
BN : Adzhaliza Mohd Nor

N.23 DUSUN TUA
PR/PAS : Razaly Hassan
BN : Ismail Sani

N.24 SEMENYIH
PR/PKR : Hamidi A Hassan
BN : Johan Abd Aziz

N.25 KAJANG
PR/PKR : Lee Chin Chee
BN : Lee Ban Seng

P.102 SERDANG
PR/DAP : Ong Kian Ming
BN : Yap Pian Hon

N.26 BANGI
PR/PAS : Mohd Shafie Ngah
BN : Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria

N.27 BALAKONG
PR/DAP : Eng Tien Chee
BN : Lai Kwong Choy

N.28 SERI KEMBANGAN
PR/DAP : Ean Yong Hian Wah
BN : Chin Toong Kang

P.103 PUCHONG
PR/DAP : Gobind Singh Deo
BN : A Kohilan Pillay

N.29 SERI SERDANG
PR/PAS : Noor Hanim Ismail
BN : Mohamad Yusof Mohamed Yassin

N.30 KINRARA
PR/DAP : Ng Sze Han
BN : Wong Hock Aun

P.104 KELANA JAYA
PR/PKR : Wong Chen
BN : Loh Seng Kok

N.31 SUBANG JAYA
PR/DAP : Hannah Yeo
BN : Gan Meng Foo

N.32 SERI SETIA
PR/PKR : Nik Nazmi Nik Ahmad
BN : Tengku Rethwan Tengku Mansor

P.105 PETALING JAYA SELATAN
PR/PKR : Hee Loy Sian
BN : Sheah Kok Fah

N.33 TAMAN MEDAN
PR/PKR : Haniza Talha
BN : Ab Wahab Ibrahim

N.34 BUKIT GASING
PR/DAP : Rajiv Rishyakaran
BN : Juan Sei Chang

P.106 PETALING JAYA UTARA
PR/DAP : Pua Kiam Wee
BN : Chew Hoong Ling

N.35 KAMPUNG TUNKU
PR/DAP : Lau Weng San
BN : Chong Seng Foo

N.36 DAMANSARA UTAMA
PR/DAP : Yeo Bee Yin
BN : Lim Choon Kin

P.107 SUBANG
PR/PKR : R.SIVARASA
BN : A Prakash Rao

N.37 BUKIT LANJAN
PR/PKR : Wong Keat Ping
BN : Francis Chong Tuck Chiew

N.38 PAYA JARAS
PR/PAS : Mohd Khairuddin Othman
BN : Muhammad Bushro Mat Johor

N.39 KOTA DAMANSARA
PR/PSM : Dr. Mohd Nasir Hashim
BN : Halimaton Saadiah Bohan

P.108 SHAH ALAM
PR/PAS : Khalid Abdul Samad
BN : Zulkifli Noordin

N.40 KOTA ANGGERIK
PR/PKR : Yaakop Sapari
BN : Mohd Yusof Din

N.41 BATU TIGA
PR/PKR : Rodziah Ismail
BN : Ahmad Nawawi M Zin

P.109 KAPAR
PR/PKR : Manivanam Gonindasamy
BN : A Sakthivel

N.42 MERU
PR/PAS : Dr. Rani Osman
BN : Sukaiman Ahmad

N.43 SEMENTA
PR/PKR : Dr Daroyah Ismail
BN : Md Ghazali Md Amin

N.44 SUNGAI PINANG
PR/DAP : Teng Chang Khim
BN : Lee Siew Chee

N.45 SELAT KLANG
PR/PAS : Dr. Halimah Ali
BN : Faisal Yahya

P.110 KLANG
PR/DAP : Charles Anthony R.Santiago
BN : Teh Kim Poo

N.46 PELABUHAN KLANG
PR/PKR : Tan Sri Khalid Ibrahim
BN : Nassaruddin M Zin

N.47 PANDAMARAN
PR/:DAP : Tan Pok Shyong
BN : Ching Eu Boon

N.48 KOTA ALAM SHAH
PR/DAP : Ganabatirau Veraman
BN : Maglin Dennis Dcruz

P.111 KOTA RAJA
PR/PAS : Dr Siti Mariah Mahmud
BN : S Murugessan

N.49 SERI ANDALAS
PR/PKR : Dr. Xavier Jayakumar
BN : T. Mohan

N.50 SERI MUDA
PR/PKR : Suhaimi Safiei
BN : Mohd Abdul Roaf Mokhtar

P.112 KUALA LANGAT
PR/PKR : Abdullah Sani Hamid
BN : Sharuddin Omar

N.51 SIJANGKANG
PR/PAS : Ahmad Yunus Hairi
BN : Zurihan Yusop

N.52 TELUK DATUK
PR/DAP : Loh Chee Heng
BN : Tan Cheng Chai

N.53 MORIB
PR/PAS : Hasnul Baharuddin
BN : Hasiman Sidom

P.113 SEPANG
PR/PAS : Mohamed Hanipa Maidin
BN : Datuk Seri Mohd Zin Mohamed

N.54 TANJONG SEPAT
PR/PAS : Mohd Haslin Hassan
BN : Nisman Yusof

N.55 DENGKIL
PR/PKR : Borhan Aman Shah
BN : Shahrum Mohd Sharif

N.56 SUNGAI PELEK
PR/DAP : Lai Nyuk Lan
BN : Ng Chok Sin

INFO : Menjawab Isu Pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma

Read full article  | 1 Comment

Respon kepada
Nur Sakinah says:
April 21, 2013 at 6:24 am (Edit)
Assalamualaikum..
boleh tak bagi penerangan tentang penghapusan ptptn dan pendidikan percuma?
adakah penghapusan ptptn digantikan dengan biasiswa?
jika bkn biasiswa bagaimana keperluan harian seorang pelajar ipt tanpa biasiswa/ptptn?
mohon pencerahan..
terima kasih..

Semoga Memberi Manfaat untuk Semua.

Sumber 1

Sebelum ini isu pemansuhan PTPTN begitu laris dibicarakan.Ada yang pro dan ada yang kontra.Blog-blog pro UMNO dan BN bukan sahaja menganggap pemansuhan PTPTN sebagai ‘menjerumuskan’bumiputera dan orang Melayu dalam lembah ‘kebodohan’ tetapi juga melabelkan mahasiswa yang mengadakan Demontrasi aman sebagai ‘pencacai’ pembangkang.Namun bagi pro Pakatan Rakyat, perjuangan memansuhkan PTPTN adalah satu reformasi pendidikan menuju kepada pendidikan percuma.

Hari ini pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli menggariskan 5 prinsip untuk menjadikan pendidikan percumasebagai realiti jika PR berjaya menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Salah satu prinsip itu, menurut Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli ialah pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat dalam kemahiran teknikal.

“Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Prinsip kedua, jelas beliau, ialah yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak.

“Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga,” kata beliau lagi.

Di bawah prinsip ketiga, kata Rafizi, bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak.

Prinsip keempat menekankan bahawa pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan.

“Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan “(Kelima) pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah,” kata Rafizi lagi.

Rafizi menambah, kelima-lima prinsip itu akan diguna pakai oleh Pakatan Rakyat untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak.

“Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputera kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup,” kata Rafizi.

Sebaliknya, menurut Rafizi, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.

“Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan,” katanya.

Sehubungan itu kata Rafizi, beliau menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.

“Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini,” katanya.

Rafizi juga berkata, beliau percaya penghapusan konsesi tol lebuh raya seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun kerana “inilah wang pampasan yang dibayar Barisan Nasional kepada pengendali konsesi lebuh raya setiap tahun.”

“Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma,” katanya lagi.

Sumber 2

Pada 10 April 2012, Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli telah mengadakan sesi penerangan kepada golongan muda terutamanya mahasiswa tentang bagaimana caranya memansuhkan PTPTN seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat sekiranya mentadbir Malaysia selepas PRU13 nanti…

Banyak soalan yang dikemukakan oleh para Mahasiswa yang berminat untuk mengetahui bagaimana pemansuhan PTPTN ini dapat dilaksanakan oleh pakatan Rakyat memandangkan Kerajaan BN mengumumkan kepada rakyat bahawa mereka tidak mampu melakukannya.

Kerajaan BN kata jika PTPTN dihapuskan,maka negara ini yang kini ditadbir oleh mereka akan muflis..

Rafizi berjaya menerangkan kepada golongan muda yang dan berjaya menyampaikan bagaimana matlamat pendidikan percuma ini dapat dilakukan..

PENJELASAN TENTANG PTPTN.

Soal Jawab PTPTN.

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh peminjam-peminjam sehingga kini.

Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.

PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar.

Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?

Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang.
Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN.

Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini.

Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN.

Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini.
Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan ke dalam tabung pelaburan pendidikan.

Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan.

Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan.
Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN.

Jika kerajaan tidak mahu menyentuh hasil minyak, kerajaan juga ada pilihan untuk melakukan kaedah pembiayaan semula (atau refinancing).
Kerajaan boleh menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, misalnya 20 tahun. Hasil dari bon ini boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN yang diambil alih.

Sebenarnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menanggung kos menghapuskan hutang PTPTN ini.

Malah, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun, jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar adalah terlalu sedikit.

Bagaimana pula dengan mereka yang telah membayar sebahagian hutang mereka?

Setakat akhir tahun 2011, dianggarkan RM2.8 bilion telah dibayar kembali oleh 651,000 peminjam sejak PTPTN diperkenalkan.

Sebahagian besar peminjam masih belum melunaskan hutang.

Prestasi pembayaran balik juga berbeza-beza mengikut peminjam.

Ada yang membayar dengan berterusan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan.
Ada yang membayar lebih rendah.
Ada juga yang langsung tidak membayar.
Pun begitu, kutipan RM2.8 bilion bermakna secara puratanya 10% dari jumlah pinjaman yang diambil telah dibayar balik.

Ada pelbagai mekanisme yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang telah membayar hutang mereka.
Contohnya…
kadar purata 10% boleh digunakan sebagai kadar minima pembayaran rebat dan ditambah dengan peratusan rebat yang berkadar terus dengan jumlah pembayaran seseorang individu, seperti berikut:

Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN.
Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN.

Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN.
Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN.

Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN
dan membayar RM4,800 setakat ini.

Kadar 10% pembayaran (iaitu kadar purata pembayaran) diambil kira sebagai kadar minima menentukan rebat yang dipulangkan kepada peminjam.

Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu dibawah kadar purata nasional.
Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat.

Munir Ali membayar 12.5%.
Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran,
maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN.

Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152).

Banyak lagi mekanisme yang boleh diputuskan untuk menjamin kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang membayar kepada PTPTN.

Jika kaedah pembayaran rebat seperti di atas digunapakai, maka tanggungan kerajaan untuk membayar rebat tidaklah setinggi seperti yang diwar-warkan.

Jika kadar 10% adalah kadar purata pembayaran rebat, maka jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar rebat kepada peminjam yang telah membayar adalah (10% X RM2.8 bilion = RM280 juta) sahaja.

Setelah kita hapuskan PTPTN, bagaimana kita akan membiayai yuran pengajian dan kos pendidikan tinggi rakyat selepas itu?

Masalah pembiayaan pendidikan tinggi rakyat yang meruncing bermula apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan memperkenalkan beberapa akta baru dalam tahun 1996 seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Pengenalan akta-akta ini menandakan bermulanya era bila mana tanggungjawab menyediakan tempat dan peluang pendidikan tinggi diserahkan kepada pihak swasta.
Tindakan ini telah ditentang pimpinan siswa ketika itu atas kebimbangan ia samalah dengan memperniagakan sektor pendidikan tinggi.

PTPTN kemudiannya ditubuhkan dalam tahun 1997 yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada belanja pendidikan tinggi yang mula melambung dengan penglibatan besar-besaran pihak swasta melalui IPTS.

Oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat yang mencukupi untuk lepasan sekolah yang layak memasuki universiti, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS yang yurannya lebih mahal.

Oleh itu, kita kena kembali kepada zaman sebelum 1996 iaitu tempat dan peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “keuntungan” berbanding IPTS.

Bila ini berlaku, peranan IPTS akan kembali kepada menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kursus-kursus khas, pengajian baru dan lain-lain.

Sejak tahun 2005, jumlah kemasukan pelajar ke IPTS telah mengatasi IPTA dan jurang ini semakin melebar saban tahun.

Contohnya, dalam tahun 2005 nisbah kemasukan pelajar di IPTA:IPTS adalah
310,000 (IPTA) berbanding
337,000 (IPTS).
Jurang ini telah meningkat menjadi
372,000 (IPTA) berbanding
466,000 (IPTS) menjelang 2010, mengikut unjuran yang dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri.

Lambakan IPTS dan pergantungan kepada IPTS untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi menyebabkan bebanan hutang PTPTN juga melambung, kerana yuran IPTS yang lebih mahal dan jumlah pemohon dari IPTS yang naik mendadak.

Jika ini berterusan, kerajaan di masa hadapan tidak mampu menanggung kos pendidikan tinggi.
Sebab itu, langkah pertama adalah mengembalikan peranan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang melanjutkan pelajaran tinggi seperti sebelum 1996.

KEADILAN percaya jika 10 IPTA baru dibina dalam masa 10 tahun akan datang, 100,000 tempat baru di IPTA dapat disediakan. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada IPTS dalam menempatkan pelajar lepasan SPM.

Pembiayaan pelajar di IPTA dibuat melalui 3 cara.
Pertama, yurannya memang lebih murah kerana tiada unsur keuntungan tidak seperti IPTS.

Kedua, jaminan KEADILAN bahawa melalui konsep pendidikan percuma, yuran dan kemudahan tempat tinggal disediakan kepada pelajar lalu mereka tidak perlu meminjam bagi kedua-dua tujuan ini.

Ketiga, subsidi makanan dan lain-lain akan memastikan kos makan dan sara hidup pelajar di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi.

Berdasarkan yuran IPTA, subsidi kerajaan dan pembiayaan PTPTN sedia ada, kos purata untuk kursus sarjana muda bagi seorang pelajar setiap tahun adalah RM25,000.

Maka, kiraan awal kos pembiayaan yang perlu ditanggung:
Kos tambahan menyediakan pendidikan percuma bagi 100,000 tempat baru di 10 IPTA baru: RM25,000 X 100,000 = RM2.5 bilion setiap tahun

Kos tambahan memastikan pendidikan percuma bagi 372,000 pelajar sedia ada di IPTA:
RM5,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTA) X 372,000 = RM1.86 bilion setiap tahun

Kos pembiayaan baki pelajar di IPTS (anggaran berdasarkan pengurangan 30% tempat di IPTS dan hanya 35% dari pelajar IPTS mengambil PTPTN, berdasarkan rekod semasa):
RM25,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTS) X 60,000 = RM1.5 bilion setiap tahun.

Maka, jumlah pembiayaan pendidikan tinggi di bawah rancangan yang dipertimbangkan KEADILAN adalah (RM2.5 b + RM1.86 b + RM1.5 B) RM5.86 bilion setiap tahun.

Dalam tahun 2010…
PTPTN meluluskan RM6.1 bilion pinjaman kepada peminjam.

Ini bermakna, jumlah yang ditanggung kerajaan kini lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiayaan sekiranya pendidikan percuma diperkenalkan melalui pengwujudan 10 IPTA baru bagi menyediakan 100,000 tempat baru seperti yang dicadangkan KEADILAN.

Walaupun PTPTN dihapuskan, dana pinjaman kepada pelajar yang masih mahu meneruskan pelajaran di IPTS tetap disediakan tetapi jumlah ini lebih kecil berbanding tanggungan RM6 bilion setiap tahun sedia ada.

Tambahan pula, lebih ramai pelajar yang akan menikmati kemudahan pendidikan percuma kerana tempat-tempat di IPTA adalah mencukupi dan keperluan menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar akan berkurangan dengan mendadak.

Semua ini bakal dibiayai dengan kos yang tidak banyak berbeza dengan kos yang dibelanjakan sekarang.

Bezanya, wang akan dilaburkan di dalam IPTA baru untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi pendidikan tinggi percuma, bukannya disalurkan ke pelbagai IPTS seperti sedia ada.

INFO : Simpanan Tunai Negeri Selangor Pecah Rekod Tertinggi.

Read full article  | No Comments

644252_445051222245860_252224392_n

(ADMIN)

Tahukah anda?

Simpanan Tunai Negeri Selangor Pecah Rekod Tertinggi.

RM 2.5 billion pada tahun 2012!

Jumlah Ini Merupakan Rekod Kewangan Paling Baik Negeri Bertuah Ini Dalam Tempoh 29 Tahun.

.::Pakatan Harapan Rakyat. Meneruskan Kecemerlangan::.

Sertai Kami di Facebook, Page Shafiengah.com

Read full article  | 1 Comment

(ADMIN)

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi,perjalanan Facebook Shafiengah.com amat memberansangkan,sehingga hari ini (16 April 2013) LIKERS yang pihak kami dapat dari facebook/shafiengah.com ialah sebanyak 1,955 LIKE.Teruskan sokongan anda kepada Shafiengah.com.Insyallah kami akan member info dan maklumat yang terkini mengenai Pilihanraya Umum 13 dan Suasana Politik Sekitar Dun Bangi serta perjalanan aktiviti yang dilakukan sehari-harian oleh Ustaz Shafie Ngah ,Yang DiPertua PAS Kawasan Serdang.

Layari : Facebook/Shafiengah.com

shafiengah2

 

INFO : Rizab Negeri Selangor

Read full article  | 1 Comment

Tahukah anda?
Rizab Negeri Selangor meningkat dari RM 400 juta pada tahun 2008 sehingga RM 2.6 bilion pada tahun 2013.

Ini hasil pentadbiran PR Negeri Selangor yang efektif, telus dan bebas rasuah.

#Pakatan Harapan Rakyat..Jom Ubah, Ini kalilah!

72841_533265570057168_402857655_n

Jom LIKE Shafiengah.com

Read full article  | 1 Comment

Abg Mat Sabu dah LIKE..anda bila lagi?

544230_485938771459941_578355168_n